Assalamualaikum awak :)
Kali ni sha nak kongsi tentang kisah seorang bapa . Cerita ni bukan straight forward tauuu . Semuanya kiasan . Kalau faham , korang mesti dapat rasa sesuatu . Tapi kalau tak faham . Sure korang cakap macam ni Entahh pape lah , sepatah haram tak faham . Hihi , enjoyyy kay :)
"Apa yang kita nampak tidak sama dengan apa yang berlaku."
Mata tidak selalunya betul . Bila kadang kala aku layarkan sesuatu yang baru , aku lupa tentang sesuatu lama . Mungkin yang pernah jadi sebahagian cebisan kisah hidup aku . Dan bila erat mata aku bertentang . Saling tukar harapan . Ketika aku cuba faham yang aku punya tanggungjawab dan kemampuan . Walaupun kemampuan aku hanya terbatas . Aku teruskan . Aku senyum , aku lemparkan sesuatu . Agar semua orang tahu aku tersenyum riang . Agar mereka senang tanpa masalah . Agar semuanya indah dimata mereka . Alhamdulillah semua itu tidak sia sia . Senyuman palsu itu berjaya gembirakan mereka .
"Tanggungjawab tetap tanggungjawab."
Tidak banyak aku minta . Bukan perang . Bukan cacian . Bukan marahan . Tapi keadilan . Kerana manusia saling bergantung . Jika itu yang engkau minta , engkau harus sedar tentang tanggungjawab . Engkau harus mahir dengan adil . Kerana mereka punya mata , mereka punya rasa . Jika satu persatu yang engkau cuba itu gagal . Engkau perlu bertukar tangga . Tidak salah . Kerana jika engkau berdiri di tempat yang sama dan terus begitu , engkau buta rasa . Dan impian empat mereka semakin ditelan oleh ragam manusia engkau . Sesedar engkau nanti , engkau hanya lemah dikerusi usang menanti harapan . Tapi sedarkah engkau yang hiris satu persatu harapan mereka berempat . Jadi tidak perlu bertanya bila usang nanti dimana mereka .
"April bawa dia."
Ingatkah lagi lima tahun yang lepas . April bawa dia jauh dari kita . Jauh hanya dimata , jasatnya rapat disini . Satu daripada empat . Kini mereka bertiga , masih engkau mahu disitu ? Meneruskan gelak tawa dulu . Jika ya jawapannya , engkau lupa tentang tiga mereka lagi . Sedarlah , mereka perlukan engkau . Mereka perlukan kasih sayang perhatian engkau . Bukan tengking yang mereka pinta . Bukan lalaian yang mereka mahukan . Mereka masih anak kecik yang perlukan tangan engkau untuk dipaut . Mereka perlukan kaki engkau untuk mendorong mereka didalam dunia kecil ini . Engkau minta mereka , dan bila mereka perlukan engkau semula . Bukankah itu senyum kebahagian untuk engkau ?
"Realisasikan mimpi mereka."
Kunci itu ditangan engkau . Didikan ajaran itu perlu halus . Seperti angin yang tak pernah kasar belai tubuh engkau disetiap petang kerja kau . Dekati tiga mereka , fahami mereka , berikan sesuatu istimewa untuk mereka . Itu kebahagian dihari usang engkau kelak .
"Capaikan semua impian yang kau cipta . Aku tetap percaya . Walau sekadar bermimpi , bahawa ada yang akan merialisasikan mimpi ku . Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecilku . Aku masih keliru dan tidak memahami . Adakah ini semua lebih berharga dari nyawa ."
No comments:
Post a Comment