Assalamualaikum korang ;)
Hari ni nak update sikit . Pasal apa yaaa , pasal .. Ok kita cerita pasal Lelaki Psiko lahhh k . Tahu tak lelaki macam tu macam mana ? Haaa , kita cerita kay . Hihi . Tapi kalau tanya aku jatuh hati tak dengan lelaki macam tu . Euww , memang tak . Sapa lah tahan kan dengan lelaki macam tu . Tapi ex saya adalah lelaki psiko . Alhamdulillah sekarang dahh takda pape pun . Ok , let we start
1 . Drama King
Selalunya lelaki psiko ni diawal perkenalan sangat baik dan romantik . Kiranya apa sahaja yang korang nak , dia sanggup buat . Sehinggakan masa tu korang rasa dia lah yang paling memahami korang . Soo for sure lah susah nak kenal identiti lelaki psiko kan . Hati hati girls . Lelaki psiko juga mempunyai banyak personaliti . Pandai berlakon .
2 . Sweet Talker
Lelaki psiko sangat manis mulut . Bahkan mungkin korang akan rasa dia romantik sangat . Kalau nak end call tu sweet dia sampai boleh bawak mimpi lah . Hihi , taktak tipu je . Selalunyan lelaki psiko ni pandai memujuk dan pandai lempar ayat ayat manis . Bila girlfriend dia merajuk "Yee sayang , i sayang you dorang je . You yang tetap dalam hati i . You satu satu nya yang i jumpa . You cantik , you baik .." Haaa sapa tak cair kan kalau kene puji hari hari . Haa
3 . Simpati
Mereka (lelaki psiko) sangat suka dan selalu mencari simpati . Jika ada masalah atau bergadoh dengan girlfriend , nanti ada sahaja lah yang dia cakap "You i sakit , i tak boleh bernafas." Nanti korang sebagai kekasih hati mesti lah kesian kann . Pastuu mula lah mengalah . Dan automatiknya tak jadi gadoh .
4 . Darah luka
Lelaki psiko sangat terkenal dengan sikap mencederakan diri sendiri dan orang lain . Dengan cara ni mereka sebenarnya hanya semata mata nak raih simpati . Bila ada pergaduhan mula lah pegang pisau lah guntung lah . Macam yang selalu berlaku ada yang bunuh diri , ada yang toreh toreh tangan .
5 . Panas baran
Diawal perkenalan dialah syurga . Tapi bila lama lama dia sebenarnya panas baran . Pantang silap sikit nanti mulalahh nak maki hamun , nak ugut ugut .
#Soo girls kalau dapat lelaki yang psiko , kalau larat tuu layan laa k . Tapi sebaiknya tinggalkan lah kot , yela demi masa depan jugak kan . Lelaki dicipta untuk melindungi bukan untuk mencerca ;) Lagipun macam bahaya kan diri kan . Kumbang bukan seekor kan . Tapi tak semua lelaki psiko . Segelintir je punnnnn .
.
No comments:
Post a Comment