hey sweetie , every minutes in my life i just really want to say . i miss you

Thursday 26 January 2012

Dugaan



“Setiap Orang, Akan ada sesuatu yg dia simpan. Akan ada sesetengah perkara yg dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yg ingin dia kongsikan. Siapa pun dia, Segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, Pasti ada perkara-perkara yg pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yg pernah menguris hatinya, Pasti ada sesuatu yg pernah membuat dia menangis. Pasti ada! Kerana dia juga manusia.

Makanya, Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yg merasa, Hanya kamu yg melalui,
Dan hanya kamu yg mengerti, Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yg pernah melaluinya, Bahkan ada orang lain yg pernah merasakan lebih dari apa yg kamu rasakan. Ada orang lain yg pernah melalui lebih teruk dari apa yg pernah kamu lalui. Ada !

Cuma, mungkin kamu yg tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak. Jangan selalu menganggap, Bahawa kamulah yg paling susah, paling sakit diuji, Paling berat diduga.

Ada! Ada insan lain, yg lebih besar ujiannya, yg lebih berat penderitaannya.Sudahlah, kesat air matamu, Walau serumit mana situasi kamu. Pujuk hatimu. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu. Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuan-NYA, DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”

.
Ingat lah ! Sejauh mana kita lari . Sedalam mana kita menyorok , sebenarnya Allah tak pernah lupa membuka kan jalan yang terbaik untuk kita . 

No comments:

Post a Comment